F13

Ruslan, Siti Raudhah and Salleh, Muhamad Azrul Hisam and Ibrahim, Mohd Khairul Naser and Noorman, Norizan and Sulaiman, Raja Nor Azlan (2017) F13. In: International Innovation & Design in Library & Information Science Compelition. Universiti Teknologi MARA, Kedah, Universiti Teknologi MARA, Kedah, p. 4. ISBN 9773030607006
Abstract

Kumpulan kami telah memilih Kelewatan Menyusun Buku Di Rak sebagai projek yang dilaksanakan di Perpustakaan Tunku Tun Aminah, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Kelewatan Menyusun buku di rak ini berlaku pada setiap hari semasa staf melakukan kerja-kerja menyusun buku di rak. Setiap staf diperuntukkan 30 minit untuk menyusun buku di rak pada setiap sesi. Hasil daripada kajian yang telah dijalankan, antara punca masalah kelewatan menyusun buku di rak ialah: rak buku yang padat, tiada alat bantuan menyusun buku, fizikal rak yang terlalu tinggi/rendah, tiada teknik menyusun buku yang betul dan masa menyusun buku yang tidak mencukupi. Daripada 5 punca masalah tersebut, punca utaman masalah ialah tiada alat bantuan menyusun buku. Sehubungan dengan itu, kumpulan ini telah membangunkan alat bantuan meyusun buku yang dinamakan F13 bagi memudahkan staf untuk menyusun buku di rak. Alat ini dibangunkan mengikut keperluan dan kesesuaian penggunaanya diperpustakaan. Hasil dari ujilari dan pemantauan yang telah dijalankan, didapati alat ini telah berjaya untuk menyelesaikan masalah kelewatan menyusun buku dirak.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 121416.pdf]
Text
121416.pdf
Download (475kB)
Indexing & Metrics