Adaptasi teknologi dan inovasi dalam perniagaan

Abdul Razak, Nor Hidayatun and Ishak, Maisarah (2022) Adaptasi teknologi dan inovasi dalam perniagaan. Bulletin. Universiti Teknologi MARA, Terengganu.
Abstract

Teknousahawan didefinisikan sebagai seseorang yang terlibat dalam “bidang keusahawanan yang mengaplikasi dan menggunakan kepakaran teknologi dalam pengeluaran produk, perkhidmatan, pengurusan perniagaan dan membuat keputusan berkaitan perniagaan” (Hassan, 2019). Terma teknousahawan digunapakai bagi menerangkan tentang kemampuan atau kemahiran seseorang usahawan mengadaptasi teknologi dalam menghasilkan inovasi yang diperlukan oleh perniagaan. Penggunaan teknologi dalam perniagaan amat diperlukan pada masa kini disebabkan perubahan persekitaran global. Kecanggihan teknologi dan keperluan kepada inovasi baru mahupun penambahbaikan kepada hasil inovasi sedia ada dilihat sebagai satu cabaran kepada pemilik perniagaan. Gabungan kemahiran perniagaan dan kemampuan menghasilkan inovasi berasaskan teknologi boleh menyumbang kepada kecekapan dan keberkesanan sesuatu proses perniagaan.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 121376.pdf]
Text
121376.pdf
Download (4MB)
Indexing & Metrics