Nasi Ayam Pak Mud, ‘Legend’ di Merbok

Mohd Yusof, Nor Azrina and Lee, Chai Chuen (2022) Nasi Ayam Pak Mud, ‘Legend’ di Merbok. Bulletin. Universiti Teknologi MARA, Terengganu.
Abstract

Tidak lengkap pengalaman belajar di UiTM Cawangan Kedah sekiranya anda sebagai seorang pelajar belum pernah mencuba Nasi Ayam Pak Mud, terutamanya sebelum seluruh negara dilanda pandemik Covid-19. Begitulah kiasan yang boleh dikatakan apabila merujuk kepada populariti Nasi Ayam Pak Mud yang terkenal di Merbok, Kedah. Apabila disebut sahaja Nasi Ayam Pak Mud, rata-rata pelajar mahupun staf UiTM mengenali dan pastinya akan teringat-ingat keenakan ayam yang telah digoreng, ‘(juicy)’ berserta sambal hitam yang menjadi rahsia utama kesedapan Nasi Ayam Pak Mud ini. Lokasi kedai yang berdekatan dengan UiTM Kedah dan juga MRSM Merbok, menjadikan kedai Nasi Ayam Pak Mud ini terkenal bukan sahaja di kalangan penduduk sekitar Kampung Langgar, malah di kalangan staf UiTM, MRSM Merbok dan juga pelajar UiTM. Adakalanya, staf-staf UiTM Kedah turut membawa rakan-rakan dari kampus lain untuk merasai keenakan nasi ayam Pak Mud ini apabila mereka bertandang ke UiTM Kedah atas urusan kerja. Justeru itu, keenakan Nasi Ayam Pak Mud ini sentiasa menjadi bualan dan ingatan terutamanya kepada pelajar-pelajar yang telah menamatkan pengajian di UiTM Kedah.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 121122.pdf]
Text
121122.pdf
Download (965kB)
Indexing & Metrics