Agropreneur muda pemacu pertanian pintar

Kamarul Zaman, Nur Badriyah and Othman, Nur Maizatul Idayu (2022) Agropreneur muda pemacu pertanian pintar. Bulletin. Universiti Teknologi MARA, Terengganu.
Abstract

Kadar pengangguran di Malaysia adalah pada tahap yang membimbangkan berikutan kesan pandemik COVID-19. Tidak terkecuali golongan belia kerana berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, kadar pengangguran belia meningkat pada Februari 2021 sebanyak 0.4 peratus berbanding pada Januari 2021. Golongan belia merupakan antara golongan yang paling terkesan akibat pandemic Covid-19 kerana rata-rata golongan belia tidak mempunyai kemampuan kewangan yang stabil kerana baru memasuki dunia pekerjaan atau belum mempunyai pekerjaan. Oleh itu, pemikiran belia yang hanya tertumpu untuk ‘makan gaji’ harus diubah terutamanya kepada golongan graduan. Para belia perlu mempunyai pemikiran keusahawanan bagi membina peluang pekerjaan sendiri dan mempunyai keupayaan untuk berdikari.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 121089.pdf]
Text
121089.pdf
Download (644kB)
Indexing & Metrics