Transkrip wawancara bersama Tan Sri Musa Hassan mengenai kerjaya beliau dalam perkhidmatan sebagai anggota polis di Malaysia pada tahun 1969 - 2011

Wan Mohd Samdi, Wan Mohamad Shahreza and Mohd Azman, Muhammad Amir Izzaq (2014) Transkrip wawancara bersama Tan Sri Musa Hassan mengenai kerjaya beliau dalam perkhidmatan sebagai anggota polis di Malaysia pada tahun 1969 - 2011. [Oral History] (Unpublished)
Abstract

Transkrip ini mengandungi temu bual bersama Tan Sri Musa Hassan, bekas Ketua Polis Negara (KPN), mengenai khidmat beliau dalam bidang polis yang sudah 41 tahun berkecimpung dalam perkhidmatan ini. Transkrip temu bual ini dijalankan di kediaman beliau yang bertempat di Petaling Jaya, Selangor, pada hari Sabtu, 24 Mei 2014, bermula jam 2:00 petang. Beliau merupakan salah seorang Anggota Polis yang tegas kerana pernah memegang beberapa jawatan tertinggi sepanjang berkhidmat sebagai anggota polis sehinggalah beliau dilantik menjadi Ketua Polis Negara. Transkrip ini menyentuh serba sedikit tentang latar belakang beliau serta pengalaman beliau sepanjang menjadi anggota polis. Selain itu, temu bual ini juga menumpukan tentang pengalaman yang beliau lalui dalam membanteras jenayah dan juga menjaga keselamatan di dalam dan di luar negara itu sendiri. Beliau turut menceritakan bagaimana beliau menjalinkan hubungan serantau dan memberi sepenuhnya komitmen dalam menjalankan tugas sehingga beliau mendapat gelaran, pingat, dan juga anugerah. Selain itu, terdapat beberapa pendapat beliau mengenai perkhidmatan polis di negara kita dan pendapat beliau tentang keadaan yang berlaku di dalam dan di luar negara masa kini serta persamaannya turut dikupas di dalam transkrip ini.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 121077.pdf]
Text
121077.pdf
Download (408kB)
Indexing & Metrics