Transkrip temubual Encik Muzaffar Syah Bin Ghazali mengenai penglibatan dalam bidang perguruan dan sumbangan

Abdul Halim, Muhammad Syafiq and Ahmad Murad, Muhammad Faiz (2014) Transkrip temubual Encik Muzaffar Syah Bin Ghazali mengenai penglibatan dalam bidang perguruan dan sumbangan. [Oral History] (Unpublished)
Abstract

Transkrip ini mengandungi temu bual bersama Encik Muzaffar Syah Bin Ghazali mengenai kerjaya dan penglibatan beliau dalam bidang perguruan. Transkrip temu bual ini dijalankan di dalam kelas di UiTM Segamat, Johor, pada 31 Mei 2014, bermula jam 10:30 pagi. Beliau merupakan salah seorang Guru Penolong Kanan Kokurikulum di Sekolah Menengah Seri Kenangan Segamat, Johor, dan masih menabur bakti di sekolah tersebut. Transkrip ini menceritakan mengenai penglibatan awal beliau menjadi seorang guru sehingga ke hari ini dan mencapai kejayaan dalam bidang inovasi. Selain itu, transkrip ini juga menceritakan pengalaman beliau sepanjang bergelar seorang guru. Beliau turut menceritakan bagaimana beliau banyak membantu pelajar berjaya dalam akademik dan kokurikulum, serta kejayaan membantu sekolah memenangi pelbagai anugerah di peringkat negeri dan kebangsaan. Selain itu, beliau juga turut memberikan pandangan dan nasihat terhadap prestasi pendidikan negara kita.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 121046.pdf]
Text
121046.pdf
Download (268kB)
Indexing & Metrics