Kepentingan mengetahui Titik Pulangan Modal (Tpm) kepada perniagaan

Mustafa Kamal, Musmailina and Othman, Ahmad Marzuki Amiruddin and Abd Mansor, Nor Hafizah and Razi, Nini Suhana Mastini and Baharin, Zakiah (2022) Kepentingan mengetahui Titik Pulangan Modal (Tpm) kepada perniagaan. Bulletin. Universiti Teknologi MARA, Terengganu.
Abstract

Setiap usahawan berkecimpung di dalam bidang perniagaan untuk memperolehi keuntungan. Adalah amat rugi sekiranya modal yang dilaburkan oleh seseorang usahawan dari simpanan sendiri atau modal luar berakhir dengan kerugian. Dalam memperolehi keuntungan, penting untuk usahawan memahami konsep Titik Pulang Modal (TPM) atau ‘Break-Even Point’ (BEP). Secara mudah, TPM adalah situasi ‘balik modal’ di mana peniagaan memperolehi semula jumlah duit yang keluarkan sebagai kos perniagaan. Ianya merupakan satu tahap apabila jumlah hasil jualan hanya cukup untuk menampung jumlah kos, iaitu tidak membuat keuntungan atau kerugian. Jika kos perniagaan yang dikeluarkan, misalnya, adalah sebanyak RM10,000, kuantiti terjual yang menghasilkan pulangan sebanyak RM10,000 dikira sebagai TPM. Kuantiti jualan yang melebihi TPM menghasilkan keuntungan perniagaan.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 121014.pdf]
Text
121014.pdf
Download (677kB)
Indexing & Metrics