Teknik copyrighting berkesan

Mohd Zaki, Suhanom and Razali, Saifudin and Mustapha, Musramaini (2022) Teknik copyrighting berkesan. Bulletin. Universiti Teknologi MARA, Terengganu.
Abstract

Perniagaan dalam talian memerlukan usahawan untuk menguasai ilmu dan kemahiran digital. Menurut Pengerusi Eksekutif Institut Agro Usahawan (iGROW), Encik Nordin Abdul Malek menerusi temubual semasa sesi Kursus Keusahawanan Pasca PKP COVID-19, usahawan perlu melengkapkan diri dengan kemahiran media sosial yang kreatif bagi meningkatkan pendapatan mereka. Pemasaran produk di media sosial perlu mempunyai strategi yang efektif bagi memberikan impak yang signifikan kepada perniagaan. Antara kemahiran yang perlu dimiliki usahawan adalah mengambil dan menyunting foto, menghasil dan menyunting video, merancang laman web dan media sosial, penstriman langsung, dan kemahiran menulis ayat untuk mempromosikan produk di media sosial atau ‘copyrighting’. ‘Copyrighting’ bukanlah suatu teknik yang baharu dalam pemasaran kandungan (‘content marketing’), namun ia menjadi semakin penting dalam menarik minat pembeli dan mempengaruhi mereka khususnya dalam talian. Teknik ini merupakan ayat promosi atau jualan untuk memujuk pelanggan supaya melakukan pembelian sejurus membaca ayat-ayat yang ditulis.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 120995.pdf]
Text
120995.pdf
Download (704kB)
Indexing & Metrics