Temubual wawancara bersama Encik Mirnawan Nawawi pemain hoki negara pada 1986 - sekarang

Yusof, Noradlina and Othman, Nurhidayah (2014) Temubual wawancara bersama Encik Mirnawan Nawawi pemain hoki negara pada 1986 - sekarang. [Oral History] (Unpublished)
Abstract

Transkrip ini mengandungi temu bual bersama Encik Mirnawan Bin Nawawi mengenai kerjaya beliau dalam bidang sukan hoki. Beliau telah hampir empat belas (14) tahun berkecimpung dalam dunia kesukanan ini. Sesi temu bual ini dijalankan di Olympic Sport Hotel pada hari Jumaat, 9 Mei 2014, yang bermula dari jam 10:45 pagi sehingga jam 2:00 petang. Beliau merupakan salah seorang atlet sukan yang sangat berwibawa dan berkaliber dalam sukan hoki ini, yang dapat dilihat melalui pencapaian beliau sepanjang penglibatan dalam dunia sukan ini. Di dalam transkrip ini, ia merangkumi latar belakang, pencapaian, dan juga pengalaman beliau bukan sahaja sepanjang menjadi atlet hoki, malahan selepas bersara juga. Selain itu, terdapat juga beberapa pendapat yang diperolehi daripada beliau berkenaan dengan pasukan hoki kebangsaan pada era masa kini dan corak permainan pasukan hoki kebangsaan pada masa kini.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 120994.pdf]
Text
120994.pdf
Download (293kB)
Indexing & Metrics