Transkrip temubual bersama Encik Farish bin Mohd. Taha mengenai pengalaman beliau sebagai seorang Pustakawan dalam membangunkan Perpustakaan Universiti Perdana di Selangor

Saidun, Mahadir and Zabri, Muhammad Hakimi (2015) Transkrip temubual bersama Encik Farish bin Mohd. Taha mengenai pengalaman beliau sebagai seorang Pustakawan dalam membangunkan Perpustakaan Universiti Perdana di Selangor. [Oral History] (Unpublished)
Abstract

Transkrip ini mengandungi fakta sejarah lisan bersama bekas alumni Fakulti Pengurusan Maklumat (FPM), Encik Farish bin Mohd. Taha, yang telah banyak menyumbang di dalam bidang Pengurusan Maklumat, terutamanya di dalam bidang Sains Perpustakaan. Tujuan transkrip ini dibuat adalah bagi memberi maklumat kepada pembaca dan generasi akan datang tentang bagaimana beliau telah berjaya membangunkan sebuah perpustakaan di Universiti Perdana dalam masa yang sangat singkat tanpa bantuan daripada sesiapa. Rakaman temu bual ini dijalankan di pejabat beliau di alamat Hall D, Level 1, Maeps Building, Mardi Complex, Serdang, Selangor, pada dua tarikh: 28 Mei 2015 bermula pada jam 11:00 pagi, dan pada 16 Mei 2015 bermula pada jam 10:00 pagi. Setelah mendapat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sains Perpustakaan dan Maklumat dari Institut Teknologi MARA (ITM, kini UiTM), beliau memulakan alam pekerjaan sebagai seorang Pembantu Pengangkutan, kemudian menceburkan diri dalam bidang Sains Perpustakaan di Medical University di Bukit Jalil sebagai pustakawan. Kini, beliau merupakan seorang Pustakawan Kanan di Perpustakaan Universiti Perdana. Transkrip ini menyentuh serba sedikit tentang latar belakang beliau serta pengalaman beliau sepanjang berkecimpung di dalam bidang Sains Perpustakaan.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 120851.pdf]
Text
120851.pdf
Download (269kB)
Indexing & Metrics