Transkrip temubual bersama Dato' Raslin bin Abu Bakar mengenai sumbangan sebagai Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia dan pembabitan beliau dalam pengurusan maklumat

Abd Ghani, Sharifah Nor Khamlunisa and Zakaria, Fatin Nabilah and Norya, Noorzareena (2015) Transkrip temubual bersama Dato' Raslin bin Abu Bakar mengenai sumbangan sebagai Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia dan pembabitan beliau dalam pengurusan maklumat. [Oral History] (Unpublished)
Abstract

Pada 27 Mei 2015, satu rakaman wawancara bersama Dato' Raslin bin Abu Bakar telah dilakukan pada jam 10:00 pagi bertempat di pejabat beliau di Pusat Industri Seri Rampai, Taman Seri Rampai, Kuala Lumpur. Dato' Raslin merupakan bekas Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia (PNM). Beliau telah bersara pada tahun 2014. Setelah bersara, beliau menumpukan masa bersama keluarga. Sepanjang perkhidmatan beliau sebagai Ketua Pengarah PNM, banyak pembaharuan serta sumbangan yang beliau berikan. Dengan segala usaha dan jasa beliau dalam bidang Pengurusan Maklumat ini, beliau telah dianugerahkan dengan pingat serta darjah kebesaran sepanjang perkhidmatan beliau, iaitu Darjah Indera Mahkota Pahang yang membawa kepada gelaran Dato' yang disandang, serta anugerah Johan Setia Mahkota yang dianugerahkan oleh Yang Dipertuan Agong di atas sumbangan beliau pada tahun 2009.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 120840.pdf]
Text
120840.pdf
Download (258kB)
Indexing & Metrics