Puan Hajah Norrizan bt Bahari mengenai pengalaman beliau sebagai seorang guru besar yang dianugerahi perkhidmatan cemerlang di Kuala Lumpur

RJ Mohamad, Nur Afiqah and Amran, Aiman Putra (2014) Puan Hajah Norrizan bt Bahari mengenai pengalaman beliau sebagai seorang guru besar yang dianugerahi perkhidmatan cemerlang di Kuala Lumpur. [Oral History] (Unpublished)
Abstract

Pada 29 Mei 2014, satu rakaman wawancara bersama Puan Hajah Norrizan binti Bahari telah dilakukan pada jam 2:00 petang bertempat di Sekolah Menengah Perempuan Air Panas, Setapak, Kuala Lumpur. Puan Hajah Norrizan binti Bahari merupakan Pengetua Sekolah dan kini beliau berpangkat DG54. Beliau telah memulakan kerjaya dalam bidang pendidikan bermula pada tahun 1981 hingga sekarang (2014). Sepanjang perkhidmatan beliau dalam bidang pendidikan ini, beliau banyak berpengalaman sebagai pendidik, bermula daripada guru biasa kepada ketua panitia, seterusnya Penolong Kanan, dan pada hari ini sebagai Pengetua Sekolah. Dengan segala usaha dan jasa beliau dalam dunia pendidikan ini, beliau telah dianugerahkan Sijil Perkhidmatan Cemerlang pada tahun 1995 dan 2002, seterusnya sebagai Guru Bestari pada tahun 2005.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 120785.pdf]
Text
120785.pdf
Download (323kB)
Indexing & Metrics