Bekerja dari rumah: peluang dan cabaran usahawan membina prosper perniagaan dan pemasaran semasa musim pandemik

Jamaludin, Nurul Nadiah (2021) Bekerja dari rumah: peluang dan cabaran usahawan membina prosper perniagaan dan pemasaran semasa musim pandemik. Bulletin. Universiti Teknologi MARA, Terengganu.
Abstract

Berikutan penularan wabak pandemik covid 19 yang melanda seluruh dunia pada awal tahun 2020, cara bekerja pekerja kerajaan dan swasta telah mula berubah. Kesan pandemik bukan sahaja mengubah gaya bekerja, malah turut mengubah cara usahawan memasarkan servis dan perkhidmatan mereka kepada pelanggan. Pekerja awam dan swasta diminta untuk mula bekerja dari rumah oleh pihak kerajaan bagi membendung penularan wabak tersebut daripada terus parah merebak. Ketua perkhidmatan dikehendaki untuk menyelaraskan tugasan bagi diikuti oleh staf jabatan masing-masing secara penggiliran atau sepenuh masa di rumah. Manakala kebanyakan usahawan tidak mampu menanggung kos operasi pemiagaan kerana transaksi pemiagaan masih dijalankan secara konvensional. Justeru, cabaran semasa menuntut usahawan menukar landskap pemasaran kepada digital secara dalam talian untuk memastikan kelangsungan pemiagaan mereka.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 120602.pdf]
Text
120602.pdf
Download (277kB)
Indexing & Metrics