Kshoppe : medium keusahawanan warga UiTM Raub

Abdul Rahman, Rozeleenda and Najid, Nurul Afzan (2021) Kshoppe : medium keusahawanan warga UiTM Raub. Bulletin. Universiti Teknologi MARA, Terengganu.
Abstract

Projek MyAgrosis K-Shoppe (MKS) adalah sebagai salah satu saluran pasaran produk-produk IKS tempatan dan telah menjadi satu wadah kepada ahli-ahli kelab MyAgrosis bagi menggilap bakat dalam bidang perniagaan. MyAgrosis KShoppe merupakan satu pendekatan baru dalam membangunkan Usahawan Pemasar bagi produk-produk IKS di seluruh negara. Program MyAgrosis K-Shoppe memberi peluang kepada ahli kelab yang berpotensi dan berdaya maju untuk diketengahkan oleh Kelab MyAgrosis dengan menampilkan konsep kedai yang teratur, terurus, penampilan imej yang menarik dan seragam. Kelab MyAgrosis UiTM Kampus Raub adalah merupakan kelab yang ditubuhkan oleh para siswa/i dan siswazah di bawah naungan Hal Ehwal Pelajar UiTM Cawangan Pahang. Kelab ini dilancarkan bersama program NBME & Agromas Challenge di peringkat UiTM Raub, Pahang pada bulan 11 Disember 2018 oleh Ketua Pengarah FAMA, YBhg.Dato’Ahmad bin Ishak di Dewan Titiwangsa, UiTM Cawangan Pahang Kampus Raub. Agrobazaar K-Shoppe adalah merupakan salah satu projek di bawah komponen Agro Niaga yang melibatkan aktiviti perniagaan dan pemasaran produk pemprosesan makanan.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 120466.pdf]
Text
120466.pdf
Download (499kB)
Indexing & Metrics