Transkrip wawancara bersama Yang Mulia Dato Seri Maharaja Tuan Haji Khalid bin Bonget sebagai Dato’ Lembaga Suku Mungkal Luak Ulu Muar mengenai tugas dan sumbangan dalam memartabatkan adat dan budaya Adat Perpatih

Mohd Basri, Zuraidah and Omar, Nur Zuwana (2012) Transkrip wawancara bersama Yang Mulia Dato Seri Maharaja Tuan Haji Khalid bin Bonget sebagai Dato’ Lembaga Suku Mungkal Luak Ulu Muar mengenai tugas dan sumbangan dalam memartabatkan adat dan budaya Adat Perpatih. [Oral History] (Unpublished)
Abstract

Transkrip ini mengandungi temu bual bersama Yang Mulia Dato' Seri Maharaja Tuan Haji Khalid Bin Bonget, selaku Dato' Lembaga Suku Mungkal Luak Ulu Muar. Wawancara ini telah dikendalikan oleh Zuraidah binti Mohd Basri dan Nur Zuwana binti Omar di Teratak Za'ba di Kampung Bukit Kerdas, Daerah Jempol, Negeri Sembilan, pada 27 Mei 2012. Temu bual selama dua jam lebih ini adalah berkenaan tugasan dan sumbangan beliau dalam memartabatkan adat dan budaya Adat Perpatih. Temu bual ini bertujuan untuk mengetahui latar belakang beliau, sejarah pendidikan, pandangan dan pendapat mengenai Adat Perpatih, serta tugasan dan sumbangan beliau selama memegang jawatan sebagai Juru Rujuk Adat Perpatih Lembaga Muzium Negeri Sembilan. Jawatan ini merupakan satu-satunya jawatan yang diiktiraf oleh Kerajaan Negeri Sembilan. Beliau merupakan seorang yang telah banyak menyumbang dan menyebar luaskan kefahaman budaya Adat Perpatih yang diucap pakai dahulu, kini, esok, akan datang dan sampai bila-bila.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 120326.pdf]
Text
120326.pdf
Download (330kB)
Indexing & Metrics