Perjumpaan pelajar pascasiswazah bersama Penolong Rektor UiTM Cawangan Johor Kampus Pasir Gudang

Abd Razak Hussin, Mohd Azmani Firdaus and Mohd Saman, Nur Rahmas and Ahmad Nazri, Ahmad Syafiq Iskandar (2025) Perjumpaan pelajar pascasiswazah bersama Penolong Rektor UiTM Cawangan Johor Kampus Pasir Gudang. e-DINAMIK, 7. pp. 1-8. ISSN 2682-7832
Abstract

Pada 6 Ogos 2025, pelajar pascasiswazah UiTM Kampus Pasir Gudang telah diberi peluang menyertai satu pertemuan istimewa bersama Penolong Rektor. Bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Bangunan Pentadbiran UiTM Kampus Pasir Gudang, Johor. Sesi ini berlangsung dari jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari dengan menghimpunkan barisan jawatankuasa pensyarah, pelajar-pelajar pascasiswazah yang berlatarbelakangkan pelbagai bidang penyelidikan. Sesi dimulakan dengan ucapan alu-aluan Penolong Rektor yang menekankan perjalanan pascasiswazah sebagai proses mencabar namun membentuk ketabahan, daya saing, dan jati diri yang utuh. Perkongsian ini bukan sahaja menyuntik motivasi, malah membuka mata pelajar tentang kepentingan mengimbangi tekanan akademik dengan kesejahteraan diri disamping akal fikiran yang rasional dan relevan. Pertemuan bersama Penolong Rektor memberi peluang pelajar berkongsi bidang kajian, bertukar pandangan, serta membina jaringan akademik sekali gus mengeratkan kebersamaan komuniti pascasiswazah UiTM Kampus Pasir Gudang.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 120291.pdf]
Text
120291.pdf
Download (1MB)
Indexing & Metrics