Transkrip wawancara bersama Puan Meriam binti Abdullah mengenai pengalaman beliau semasa berada di zaman penjajahan Jepun dan Komunis sehingga tanah melayu merdeka

Che Abd Samad, Yusrinahidayah (2012) Transkrip wawancara bersama Puan Meriam binti Abdullah mengenai pengalaman beliau semasa berada di zaman penjajahan Jepun dan Komunis sehingga tanah melayu merdeka. [Oral History] (Unpublished)
Abstract

Wawancara ini telah dijalankan di Kampung Bukit Kulim, Marang, Terengganu, pada hari Sabtu, 21 April 2012, pada jam 4:30 petang, bersama Puan Meriam Binti Abdullah. Beliau ialah seorang wanita yang menjadi saksi kejadian semasa zaman penjajahan Jepun dan Komunis. Temu bual yang dijalankan selama 23 minit 30 saat ini telah menekankan tentang pengalaman beliau dalam menjalani hidup yang penuh berliku ketika meningkat remaja. Beliau telah banyak menyaksikan kejadian yang tidak akan pernah dilupakan seumur hidup. Beliau merupakan saksi kejadian ketika Jepun menyerang Tanah Melayu. Selepas menyaksikan kejadian bagaimana Jepun menyerang Tanah Melayu dan setelah mereka berundur, beliau dikejutkan lagi dengan serangan komunis yang amat dahsyat ketika itu. Pengalaman beliau yang bernilai ini amat berharga sekali.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 120243.pdf]
Text
120243.pdf
Download (313kB)
Indexing & Metrics