Temubual bersama bekas tentera British Che Onn Neamat yang berkhidmat di dalam Corps of Royal Electrical Mechanical Engineering pada tahun 1957 hingga tahun 1970

Νik Hassan, Nik Nurmira and Μaha Yudden, Nik Κhairiah (2014) Temubual bersama bekas tentera British Che Onn Neamat yang berkhidmat di dalam Corps of Royal Electrical Mechanical Engineering pada tahun 1957 hingga tahun 1970. [Oral History] (Unpublished)
Abstract

Che Onn bin Neamat merupakan seorang bekas tentera British yang berkhidmat sebagai Royal Electrical Mechanical Engineers (REME), bermula sekitar tahun 1957 hingga 1970. Beliau memulakan kerjaya sebagai tentera British sebagai Tentera Kanak-kanak berumur lima belas (15) tahun pada Januari 1957. Beliau bermula sebagai Junior Leader di dalam Kor ataupun Rejimen Royal Artillery di Pulau Belakang Mati, Singapura. Setelah Royal Artillery dibubarkan, beliau telah diserap masuk ke Army Boys Trade School (ABTS) pada tahun 1958. Sejurus tamat pengajiannya di ABTS, beliau kemudiannya diserap masuk ke dalam tentera British sebagai REME. REME adalah pasukan Tentera British yang mempunyai tanggungjawab bagi tugas-tugas penyelenggaraan, perkhidmatan, dan pemeriksaan hampir setiap peralatan elektrik dan mekanikal dalam Tentera British. Che Onn bin Neamat, yang bertugas di dalam REME sebagai Artificer Vehicle, berperanan membaiki segala jenis kenderaan, terutamanya kereta yang digunakan oleh tentera British. Sepanjang penglibatannya sebagai REME, beliau telah ditugaskan dalam satu peristiwa besar iaitu Konfrontasi Malaysia-Indonesia pada tahun 1966 di Labuan. Sepanjang penglibatan beliau, beliau telah dianugerahkan beberapa anugerah, antaranya Penuntut Terbaik Bidang Teknikal di ABTS, General Service Medal Malaya, dan juga Anugerah Pingat Jasa Malaysia.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 120078.pdf]
Text
120078.pdf
Download (327kB)
Indexing & Metrics