Tinjauan terhadap keperluan program ijazah sarjana muda pengurusan sistem pejabat (pengurusan acara) di organisasi awam dan swasta

Said, Abd. Razak and Majid, Siti Khalijah and Arsad, Jahjaiton and Mohamed, Nurulizzah (2003) Tinjauan terhadap keperluan program ijazah sarjana muda pengurusan sistem pejabat (pengurusan acara) di organisasi awam dan swasta. [Research Reports] (Unpublished)
Abstract

Sejajar dengan kepesatan ekonomi negara yang semakin rancak ini berbagai acara telah dan sedang dilaksanakan untuk memperkenalkan lagi Malaysia ke seluruh dunia. Acara-acara seperti Tour de Langkawi, Formula One, Perlumbaan Bot Laju, Konsert oleh penyanyi-penyanyi terkenal dunia, serta berbagai lagi acara perlancongan akan sentiasa menjadi agenda penting negara ini. Oleh itu perkara yang sentiasa menjadi persoalan adalah apakah kita mempunyai kepakaran yang begitu khusus untuk mengendalikan acara-acara bertaraf dunia ini? Apakah kita masih lagi mewujudkan jawatankuasa jawatankuasa ad-hoc bagi sesuatu acara? Jika ya, mengapa pihak pusat pengajian tinggi mewujudkan program khusus untuk mengendalikan acara mengikut acuan bangsa, budaya, dan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum. Oleh itu bagi melihat kemungkinan mewujudkan program di peringkat ijazah kajian ini telah dilakukan dengan mengedarkan soal selidik kepada 179 buah organisasi di Pahang, Johor, Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Daripada ini hanya 93 borang soal selidik yang diterima oleh ahli penyelidik. Daripada kajian yang dijalankan didapati bahawa 72.6% majikan bersetuju agar program ini dikendalikan di peringkat Ijazah Sarjana Muda manakala 71.4% menyarankan agar program ini dapat diteruskan ke peringkat Ijazah Sarjana. Majikan juga bersedia untuk menghantar kakitangan mereka yang sedia ada untuk mendapatkan latihan secara luar kampus (39.3%). Oleh itu pengwujudan program ini nanti dilihat sebagai satu pelaburan penting oleh Universiti Teknologi Mara dalam usaha membantu masyarakat bumiputera untuk terus bersaing dengan bangsa lain. Ini juga secara tidak langsung mewujudkan peluang-peluang baru kepada bumiputera dalam industri perniagaan iaitu menguruskan acara.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 119930.PDF]
Text
119930.PDF
Download (1MB)
Location & Physical Holdings
Digital Copy
Physical Location
  • Kaunter Perkhidmatan Maklumat | Perpustakaan Al-Bukhari | Kampus Jengka, Pahang
Item Status
On Shelf
Indexing & Metrics