Perniagaan sublet gandakan duit bulanan eksekutif muda

Abdullah, Mohammad (2018) Perniagaan sublet gandakan duit bulanan eksekutif muda. Bulletin. Universiti Teknologi MARA, Terengganu.
Abstract

Oleh hal yang demikian, semakin ramai eksekutif muda menjalankan kerja-kerja sambilan bagi menambah duit gaji yang diperolehi setiap bulan. Ada di antara mereka yang berniaga secara langsung atau di internet, malah ada yang membuka gerai jualan samaada di tapak pesta ataupun di uptown. Tetapi kesemua perniagaan yang melibatkan jualan ini memerlukan masa dan tenaga yang banyak dalam mengaut keuntungan. Di sini saya ingin kongsikan sedikit info berkenaan perniagaan sublet yang sangat membantu dalam menambahkan sumber pendapatan yang tidak memerlukan banyak masa dan tenaga. Mungkin ramai yang tertanya tanya apa sebenarnya perniagaan sublet dan bagaimana ia boleh membantu dalam menjana pendapatan. Sublet merupakan sewa atas sewa iaitu rumah yang kita sewa disewakan pula kepada orang lain. Sublet tidak salah disisi undang-undang asalkan kita sebagai penyewa mendapat keizinan bertulis daripada tuan rumah sebelum rumah itu dibuat sebagai perniagaan sublet.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 119871.pdf]
Text
119871.pdf
Download (119kB)
Indexing & Metrics