Transkrip temubual bersama Encik Wahid Bin Mohd Rebin, Pengerusi Persatuan Muzik Kempling Kampung Parit Kassan mengenai seni muzik kempling, dalam seni Kebudayaan Muzik Masyarakat Jawa di Kampung Parit Kassan, Ledang, Johor

Abd razak, Razanoor Amiesya Hana and Ku Rosli, Ku Nurizzaty (2013) Transkrip temubual bersama Encik Wahid Bin Mohd Rebin, Pengerusi Persatuan Muzik Kempling Kampung Parit Kassan mengenai seni muzik kempling, dalam seni Kebudayaan Muzik Masyarakat Jawa di Kampung Parit Kassan, Ledang, Johor. [Oral History] (Unpublished)
Abstract

Transkrip ini mengandungi sesi wawancara bersama Encik Wahid bin Mohd Rehin, Pengerusi Persatuan Kempling Kampung Parit Kassan, mengenai "Seni Muzik Kempling, satu kesenian kebudayaan muzik masyarakat Jawa".

Seni muzik Kempling merupakan satu kesenian muzik yang berasal dari Jawa, Indonesia, dan telah lama bertapak di Kampung Parit Kassan. Temu bual yang dijalankan bertujuan untuk menyingkap tentang asal usul sebenar seni muzik Kempling, keunikan muziknya di kalangan masyarakat Jawa di Kampung Parit Kassan. Selain itu, temu bual ini juga merungkai tentang cara pembuatan Kempling, tempat ia dipersembahkan, seni melodi muzik Kempling yang mengandungi unsur-unsur Islamik dan mesej-mesej tertentu yang boleh dijadikan amalan hidup masyarakat, terutamanya masyarakat Jawa di Kampung Parit Kassan.

Di samping itu, tujuan utama temu bual ini dijalankan adalah untuk mendedahkan seni muzik Kempling ini agar tidak pupus ditelan zaman dan berharap golongan muda akan datang tidak terlepas daripada mengetahui keunikan seni muzik Kempling ini.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 119828.pdf]
Text
119828.pdf
Download (303kB)
Indexing & Metrics