Persepsi komander kesatria terhadap pencapaian akademik: satu kajian di UiTM Cawangan Johor Kampus Segamat

A. Wahab, Syazali Effendi and Mohd Ali, Norfariza and Mohd Salleh, Rosnani (2012) Persepsi komander kesatria terhadap pencapaian akademik: satu kajian di UiTM Cawangan Johor Kampus Segamat. [Research Reports] (Unpublished)
Abstract

Penglibatan pelajar dalam badan beruniform di universiti sering dikaitkan dengan pencapaian akademik. Acapkali, penglibatan aktif dalam badan beruniform dikatakan menjejaskan prestasi akademik. Oleh sebab itu, ramai pelajar tidak lagi aktif dalam badan beruniform seperti di sekolah apabila mereka melanjutkan pelajaran di universiti. Kajian ini mengkaji persepsi pelajar yang terlibat dalam badan beruniform mengenai kesan penglibatan aktif mereka dalam aktiviti terhadap pencapaian akademik. Kajian dijalankan di UiTM Cawangan Johor Kampus Segamat, melibatkan badan beruniform Komander Kesatria. Data kajian diperoleh melalui soal selidik yang diedarkan kepada responden. Hasil dapatan kajian mendapati kebanyakan responden belajar pada saat akhir peperiksaan dan gagal menyusun jadual belajar dengan teratur, menyebabkan prestasi pencapaian akademik mereka merosot.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 119703.pdf]
Text
119703.pdf
Download (191kB)
Location & Physical Holdings
Digital Copy
Physical Location
Item Status
Indexing & Metrics