Dari makan gaji ke bisnes

Mazan, Diana' and Mearaj, Mahasin and Mazan, Faeizah (2018) Dari makan gaji ke bisnes. Bulletin. Universiti Teknologi MARA, Terengganu.
Abstract

Semangat dan minat untuk berniaga membuatkan wanita muda ini kini bergelar usahawan industri kecil sederhana (IKS). Bermula sebagai agen dropship sahaja kini telah mempunyai butik sendiri. Mempunyai kelulusan Diploma Perancang Bandar dan Wilayah, UiTM mampu menempatkan wanita muda ini dikedudukan yang selesa disyarikat swasta tempatnya berkerja. Namun, minat untuk berniaga tidak membataskan pergerakannya. Bermula sebagai agen dropship dan menjual secara langsung tudung-tudung yang diambil dari jenama terkenal membuahkan idea untuk membuka butik sendiri. Hanya dengan modal yang kecil dan usaha yang gigih serta pengorbanan yang besar, wanita ini berusaha mendapatkan stok jualan Menjual secara Offline dan Online. Berkat kesabaran, usaha gigih dan pengorbanan akhirnya wanita ini mampu membuka butik sendiri.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 119552.pdf]
Text
119552.pdf
Download (198kB)
Indexing & Metrics