Seminar negeri tua melanau siri 1 2022 himpun pemimpin masyarakat dan ketua kaum di Mukah

Chik, Yahutazi (2024) Seminar negeri tua melanau siri 1 2022 himpun pemimpin masyarakat dan ketua kaum di Mukah. Bulletin. UiTM Sarawak, Universiti Teknologi MARA, Sarawak.
Abstract

MUKAH, 28 MAC 2022 (ISNIN): Pusat Penyelidikan Melanau (PMM) UiTM Cawangan Sarawak, Kampus Mukah dengan kerjasama Persatuan Melanau Mukah (PMM) telah menganjurkan program Seminar Negeri Tua Melanau Siri 1 / 2022 yang telah diadakan di Kingwood Hotel, Mukah. Seminar tersebut telah dihadiri seramai 30 orang pemimpin masyarakat dan ketua kaum yang terdiri daripada para penghulu dan ketua kampung di sekitar Mukah. Seminar tersebut telah dirasmikan oleh YB Abdul Yakub Bin Haji Arbi, ADUN N58, Balingian merangkap Pengerusi Persatuan Melanau Mukah (PMM). Dalam ucapan perasmiannya, beliau menyokong penuh usaha Pusat Penyelidikan Melanau, UiTM Kampus Mukah dan Persatuan Melanau Mukah untuk meneruskan siri-siri jelajah Seminar Negeri Tua Melanau yang berikutnya di Oya, Dalat, Igan, Balingian, Belawai, Tanjung Manis dan juga Daro.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 119517.pdf]
Text
119517.pdf
Download (610kB)
Indexing & Metrics