Konsep communitization atau Clustering sebagai strategi keusahawanan moden

Md. Jani, Siti Hajar and Amer, Afizan (2019) Konsep communitization atau Clustering sebagai strategi keusahawanan moden. Bulletin. Universiti Teknologi MARA, Terengganu.
Abstract

Konsep pemasaran yang diterokai oleh para usahawan masa kini agak tradisional yang sifatnya lebih menegak (vertikal). Segmentasi pasaran adalah proses yang akan di manfaatkan oleh seseorang usahawan atau syarikat dalam usaha mereka memanfaatkan peluang perniagaan yang tersedia dengan membahagi-bahagi sesebuah masyarakat menjadi beberapa kelompok pengguna tertentu. Jika kita perhatikan pengguna lebih mudah dihampiri sekiranya para usahawan melaksanakan konsep “Communitization” atau clustering dengan cara kumpulan pengguna ini dikelompokkan berdasarkan ciri-ciri dan tingkah laku kehidupan pengguna itu sendiri. Ciri-ciri dan tingkah laku pengguna tidak dapat tentukan, sehingga seseorang usahawan itu benar-benar jelas kelompok masyarakat mana yang akan menjadi pasaran mereka. Bagi usahawan atau organisasi yang mengamalkan konsep pemasaran tradisional, segmentasi pasaran adalah sebuah seni dalam memanfaatkan peluang.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 119353.pdf]
Text
119353.pdf
Download (80kB)
Indexing & Metrics