Sesi Meet & Greet PTAR UiTMCPP bersama Pengajian Kejuruteraan Mekanikal

Mohamad Azmi, Nor Azilawati and Muhamad Sam, Rafidah (2024) Sesi Meet & Greet PTAR UiTMCPP bersama Pengajian Kejuruteraan Mekanikal. Bulletin. Seksyen Korporat & Kolaborasi Ptar Uitm Cawangan Pulau Pinang, UiTM Cawangan Pulau Pinang.
Identification Number (DOI): Bil. 2 / Apr-Jun 2024
Abstract

Pada 21 Jun 2024, Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM Cawangan Pulau Pinang (UiTMCPP) telah mengadakan Sesi Meet & Greet bersama warga Fakulti Pengajian Kejuruteraan Mekanikal, bertempat di Bilik Seminar fakulti berkenaan. Tujuan utama sesi ini adalah untuk menjalin hubungan kolaboratif antara perpustakaan dan fakulti dalam usaha memperkukuh sokongan terhadap keperluan akademik, penyelidikan dan pembelajaran warga fakulti. Dalam sesi ini, wakil PTAR telah berkongsi maklumat berkaitan kemudahan terkini perpustakaan, akses kepada pangkalan data ilmiah, perkhidmatan rujukan, latihan literasi maklumat serta pelbagai inisiatif digital yang disediakan khusus untuk menyokong keperluan pelajar dan pensyarah dalam bidang kejuruteraan. Diharapkan sesi ini dapat membuka ruang kerjasama yang lebih erat antara PTAR dan Fakulti Pengajian Kejuruteraan Mekanikal dalam melahirkan graduan yang cemerlang dan berdaya saing.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 119270.pdf]
Text
119270.pdf
Download (281kB)
Indexing & Metrics