Usah aniaya anak buah: jawatan adalah amanah dan lakukan keadilan, Disember 2024

UiTM, MITASA (2024) Usah aniaya anak buah: jawatan adalah amanah dan lakukan keadilan, Disember 2024. Bulletin. Kesatuan Kakitangan Akademik Universiti Teknologi MARA (MITASA), UiTM Shah Alam.
Abstract

Dalam konteks pengurusan organisasi, kepemimpinan yang adil dan beramanah merupakan elemen penting bagi mencapai visi dan misi yang ditetapkan. Namun, sering kali terdapat laporan mengenai pemimpin yang menyalahgunakan kuasa mereka untuk kepentingan peribadi atau memberikan layanan tidak adil kepada anak buah. Sikap sebegini tidak hanya merosakkan motivasi pekerja tetapi juga memberi kesan negatif terhadap produktiviti dan suasana kerja. Jawatan dalam sebuah organisasi bukan sekadar gelaran kedudukan tetapi merupakan amanah yang memerlukan nilai empati, integriti dan tanggungjawab. Setiap pemimpin perlu menyedari bahawa kuasa yang mereka miliki bukanlah untuk kepentingan peribadi tetapi untuk memimpin dan menjaga kebajikan anak buah mereka agar gerak kerja yang efektif dapat dilaksanakan.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 119224.pdf]
Text
119224.pdf
Download (674kB)
Indexing & Metrics