Risiko psikososial tempat kerja: ke arah menjadikan UiTM sebagai majikan yang sihat dan selamat, Disember 2024

UiTM, MITASA (2024) Risiko psikososial tempat kerja: ke arah menjadikan UiTM sebagai majikan yang sihat dan selamat, Disember 2024. Bulletin. Kesatuan Kakitangan Akademik Universiti Teknologi MARA (MITASA), UiTM Shah Alam.
Abstract

Psikososial ialah istilah yang digunakan untuk menggambarkan hubungan antara keadaan sosial seseorang dengan kesihatan mental serta emosinya. Istilah psikososial melibatkan aspek psikologi dan sosial. Sebagai contoh, hubungan antara ketakutan yang dimiliki seseorang terhadap bagaimana cara dia berinteraksi dengan orang lain di lingkungan sosialnya. Seseorang yang sihat mentalnya akan bertindak balas dengan cara yang positif dalam banyak situasi. Individu yang ‘sihat’ ini juga akan bertindak dengan kewarasan dan kematangan fikiran. Setiap individu sihat juga akan sedaya upaya mempertahankan keadaan dan kelakuan yang sihat dan normal. Masalah terjadi apabila individu yang mempunyai masalah dari segi kesihatan psikososial; mereka mungkin tidak mampu memberi tindakan yang sihat dan sewajarnya.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 119216.pdf]
Text
119216.pdf
Download (1MB)
Indexing & Metrics