UiTM raikan jemaah Haji 2024, Mei 2024

UiTM, MITASA (2024) UiTM raikan jemaah Haji 2024, Mei 2024. Bulletin. Kesatuan Kakitangan Akademik Universiti Teknologi MARA (MITASA), UiTM Shah Alam.
Abstract

Bersempena musim haji bagi tahun ini, Universiti Teknologi MARA (UiTM) menerusi Bahagian Hal Ehwal Islam mengambil kesempatan meraikan warganya yang bakal menjadi tetamu Allah Subhanahuwataala dalam Majlis Meraikan Bakal Haji UiTM 1445H yang disempurnakan oleh Naib Canselor UiTM, Profesor Datuk Dr Shahrin Sahib, awal Mei lalu. Profesor Datuk Dr Shahrin Sahib dalam ucapannya menyatakan rasa syukur dan berbesar hati atas kesempatan meraikan warga UiTM yang bakal mengerjakan haji serta mendoakan agar perjalanan ke Tanah Suci dipermudahkan dan dikurniakan haji yang mabrur. Beliau juga mengingatkan tentang kepentingan menjaga niat yang ikhlas dan memperbanyakkan ibadah secara khusyuk sepanjang berada di Mekah dan Madinah.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 119189.pdf]
Text
119189.pdf
Download (803kB)
Indexing & Metrics