Non-invasive diagnostic centre (NIDC) mula operasi di HUiTM Puncak Alam

UiTM, Hospital Puncak Alam (2021) Non-invasive diagnostic centre (NIDC) mula operasi di HUiTM Puncak Alam. Bulletin. Hospital Puncak Alam, Shah Alam.
Abstract

Non-Invasive Diagnostic Centre (NIDC) di bawah Unit Kardiologi, Jabatan Perubatan Am HUITM telah mula menyediakan perkhidmatan di Hospital UITM Puncak Alam pada 6 Julai 2021. Bertempat di Aras 3 (bersebelahan Klinik Eksekutif) dengan seliaan oleh Puan Norlaila Danuri (Juruteknologi Makmal Perubatan), NIDC (dikenali sebagai Non-Invasive Cardiac Laboratory (NICL) di PPUITM Sungai Buloh) menawarkan perkhidmatan ekokardiogram transtorasik & transesophagus, perkhidmatan ujian Holter, perkhidmatan ECG dan perkhidmatan ujian Ambulatory Blood Pressure Monitoring (ABPM). Bagi perkhidmatan angiogram, ianya dijalankan di Bilik Prosedur CRW di aras 4 manakala rawatan Percutaneous Coronary Intervention (PCI) (sekiranya diperlukan) akan dijalankan di Jabatan Radiologi (aras 2). Rawatan PCI ini sangat penting bagi memulihkan aliran darah dalam arteri seperti angioplasti (meluaskan salur darah), aterektomi (membuang plak daripada arteri) dan peletakan stent atau belon dalam salur darah.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 119102.pdf]
Text
119102.pdf
Download (2MB)
Indexing & Metrics