UiTM Mukah rangkul tempat ke-3 kejohanan bola jaring Malaysian Sport League (MSL) peringkat bahagian Mukah 2022

Ajol, Tracy Adeline (2022) UiTM Mukah rangkul tempat ke-3 kejohanan bola jaring Malaysian Sport League (MSL) peringkat bahagian Mukah 2022. Bulletin. Corporate Communication Unit, UiTM Mukah Campus, Universiti Teknologi MARA, Sarawak.
Abstract

UiTM Cawangan Sarawak Kampus Mukah telah menghantar satu pasukan Bola Jaring untuk menyertai Kejohanan Bola Jaring Malaysian Sport League (MSL) Peringkat Bahagian Mukah 2022 anjuran Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Mukah bersama Kelab Bola Jaring Bahagian Mukah yang bertempat di Kompleks Sukan Komuniti (KSK) Mukah. Kejohanan ini telah berlangsung pada 26 hingga 27 Mac 2022 dengan penyertaan seramai 13 pasukan dari seluruh bahagian Mukah. Pasukan Bola Jaring UiTM Mukah telah berjaya membawa balik piala dan pingat gangsa berserta hadiah wang tunai setelah memenangi tempat ketiga di dalam kejohanan tersebut. Hadiah untuk para pemenang kejohanan telah disampaikan oleh
YB Encik Royston Valentine (ADUN) N.57 Tellian semasa upacara penutupan kejohanan.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 118986.pdf]
Text
118986.pdf
Download (835kB)
Indexing & Metrics