Istiadat Konvokesyen Ke-70 : 26 Mei - 3 Jun 2009 : Dewan Sri Budiman, UiTM

Jabatan Komunikasi Korporat, UiTM (2009) Istiadat Konvokesyen Ke-70 : 26 Mei - 3 Jun 2009 : Dewan Sri Budiman, UiTM. Jabatan Komunikasi Korporat, Shah Alam.

Abstract

Alhamdulillah kita bersyukur kepada Allah S.W.T. atas nikmat dan rahmat yang dikurniakan sehingga kita dapat sekali lagi hadir dalam Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi MARA (UiTM) ke-70 ini. Saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada para graduan seramai 13,853 orang yang pada kali ini masing-masing menerima diploma, ijazah sarjana muda, ijazah sarjana dan ijazah kedoktoran. Mengenang kembali saat graduan mula-mula menjejakkan kaki ke UiTM mendaftarkan diri untuk mengikuti pengajian masing-masing, semestinya bermacam-macam perkara difikirkan mengenai kehidupan baru alam universiti. Kini, setelah melaluinya, mungkin graduan terfikirkan bagaimana pula untuk meneruskan kehidupan berkerjaya di luar sana. Namun, saya percaya, berkat ilmu dan kemahiran insan serta ehsan yang diteroka di universiti ini, para graduan akan mampu memikul tanggungjawab yang diberikan di alam pekerjaan kelak.
Tentu sekali saya menaruh harapan yang cukup tinggi agar para graduan dapat meneruskan tradisi kecemerlangan
universiti ini untuk terus berdaya saing sehingga berjaya ke peringkat global, menjadi peneraju industri dan berpersonaliti terbilang. Sesungguhnya pencapaian bersama dalam menjadikan UiTM unggul sehingga meraih pelbagai anugerah sememangnya amat membanggakan. Permintaan graduan UiTM di pasaran pekerjaan dalam dan luar negara
menunjukkan satu pengiktirafan sejagat yang besarertinya kepada universiti ini. Zahirkanlah pengiktirafan ini dengan memberi khidmat cemerlang demi mendukung cita-cita dan citra murni UiTM menjadi sebuah universiti penyelidikan bertaraf dunia.

Metadata

Item Type: Book
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Jabatan Komunikasi Korporat, UiTM
UNSPECIFIED
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Corporate Communications Department
Date: 2009
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/11866
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of BK_KONVOKESYEN UiTM KE-70 2009.pdf] Text
BK_KONVOKESYEN UiTM KE-70 2009.pdf

Download (45MB)

ID Number

11866

Indexing

Statistic

Statistic details