Mesyuarat Agung Luar Biasa MITASA, 15 Oktober 2022

UiTM, MITASA (2023) Mesyuarat Agung Luar Biasa MITASA, 15 Oktober 2022. Bulletin. Kesatuan Kakitangan Akademik Universiti Teknologi MARA (MITASA), UiTM Shah Alam.
Abstract

Dalam usaha memastikan kemampanan dan kelangsungan MITASA, satu Mesyuarat Agung Luar Biasa atau EGM telah diadakan bersempena dengan Sambutan Jubli Emas MITASA pada 15 Oktober 2022. EGM berkenaan perlu dilaksanakan memandangkan beberapa perkara di dalam perlembagaan MITASA perlu diubah mengikut kesesuaian semasa dan memberi manfaat berterusan kepada ahli-ahlinya. Perlembagaan merupakan satu penanda aras yang cukup penting dalam sesebuah organisasi dan selaras dengan itu, MITASA membuat keputusan untuk mengadakan EGM bagi mengemaskini perlembagaan sedia ada untuk memberi manfaat kepada ahli-ahlinya. Bermula dengan pengundian, prosedur pindaan dan kesemua syarat wajib pindaan dilaksanakan sebaik mungkin oleh jawatankuasa kerja yang diketuai oleh Setiausaha MITASA, Dr. Mazlan Che Soh. Pengumpulan semula kertas undi juga dilakukan dengan telus dan dikendalikan sebaik mungkin sehingga tiba hari pengiraan undi pada 15 Oktober 2022 di Kelab Shah Alam.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 118273.pdf]
Text
118273.pdf
Download (1MB)
Indexing & Metrics