Program berlanggar meja Gawai Raya 2022 / Yahutazi Chik

Chik, Yahutazi (2022) Program berlanggar meja Gawai Raya 2022 / Yahutazi Chik. Bulletin. Corporate Communication Unit, UiTM Mukah Campus.
Abstract

Pandemik Covid-19 telah membataskan aktiviti yang melibatkan khalayak yang ramai sejak berlaku penularan Covid-19 dan rentetan daripada pengisytiharan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan di seluruh negara. Bagaimanapun, setelah melalui fasa endemik, program berlanggar meja Raya Gawai 2022 yang kebetulan hari raya jatuh sebelum perayaan gawai pada tahun ini telah diadakan pada 18 Mei 2022 di Dewan Sri Balau, UiTM Mukah. Program yang julung-julung kalinya diadakan semenjak penularan wabak Covid-19 tersebut telah dimeriahkan oleh warga kampus terdiri daripada pelajar-pelajar dan staf akademik dan staf sokongan UiTM Mukah. Program turut diserikan dengan kehadiran YBhg. Prof. Madya Dr. Saimi Bin Bujang, Penolong Rektor Kampus Mukah sebagai tetamu kehormat. Disamping itu program turut dimeriahkan dengan penglibatan warga kerja Global Facility Management (GFM).

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 118095.pdf]
Text
118095.pdf
Download (858kB)
Indexing & Metrics