Kepadanan kata kerja dalam penterjemahan: satu kajian kes teks The Great Gatsby dan Semantic Theory / Indrani A. S. Pillay

Pillay, Indrani A. S. (2002) Kepadanan kata kerja dalam penterjemahan: satu kajian kes teks The Great Gatsby dan Semantic Theory / Indrani A. S. Pillay. Masters thesis, Universiti Teknologi MARA.

Abstract

Tesis ini mengkaji kepadanan kata kerja dalam bahasa Inggeris ke dalam bahasa Malaysia. Tujuan tesis ini adalah melihat panduan dan strategi yang digunakan untuk menterjemahkan kata kerja bahasa Inggeris ke dalam bahasa Malaysia. Bahan kajian diambil daripada sebuah novel, The Great Gatsby (Fitzgerald, F. S., 1994) dan sebuah buku ilmiah, Semantic Theory (Kempson, R. M., 1977 ). Kajian ini didasarkan kepada timbunan beberapa teori yang digagaskan oleh Larson (1974), Newmark (1988), Nida (1964), Catford (1969,) Baker (1992), hipotesis SapirWhorf (1980), teori Konteks Keperihalan Keadaan oleh Firth dan Malinowski (1989), kaedah Analisis Komponen Makna oleh Katz dan Fodor (1963) dan kategori penggolongan kata kerja oleh Dixon (1991). Beberapa persoalan kajian digunakan sebagai panduan penelitian. Kepadanan kata kerja dalam kajian ini melihat makna daripada dua pendekatan pendekatan makna kamus dan makna konteks keperihalan keadaan. Kata padanan yang tidak mengikut makna kamus diteliti dan dikaji dari segi konteks keperihalan keadaan ayat, kesesuaian kata padanan dengan budaya masyarakat Melayu serta ketepatan makna. Kata kerja yang mengalami perubahan makna semasa proses penterjemahan turut diteliti. Masalah yang timbul semasa mencari kata padanan dibincangkan dan pendekatan yang diambil penterjemah dikemukakan.

Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Pillay, Indrani A. S.
UNSPECIFIED
Subjects: P Language and Literature > PE English language
P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania > Malaysian literature
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Academy of Language Studies
Programme: Ijazah Sarjana Sastera
Keywords: Terjemahan, Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, The Great Gatsby, Semantic Theory, Sapir–Whorf, Konteks Keperihalan Keadaan, Analisis Komponen Makna, kategori penggolongan kata kerja
Date: 2002
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/11798
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of TM_INDRANI A S PILLAY APB 02_24.pdf] Text
TM_INDRANI A S PILLAY APB 02_24.pdf

Download (626kB)

Fulltext

Fulltext is available at:
  • Library Terminal Workstation (Digital Format) - Accessible via UiTM Libraries
  • MyKM Portal

ID Number

11798

Indexing

Statistic

Statistic details