Bengkel Intensif Kursus Undang-Undang Perniagaan dan Perniagaan Antarabangsa (sesi perkongsian kepakaran pensyarah UiTM bersama komuniti) / Dr. Sutina Junos

Junos, Sutina (2025) Bengkel Intensif Kursus Undang-Undang Perniagaan dan Perniagaan Antarabangsa (sesi perkongsian kepakaran pensyarah UiTM bersama komuniti) / Dr. Sutina Junos. Bulletin. Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan.
Abstract

Fakulti Pengurusan dan Perniagaan UiTM Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Rembau telah menganjurkan Bengkel Intensif Kursus Undang - Undang Perniagaan dan Perniagaan Antarabangsa bersama pelajar Kolej Vokasional Dato’ Lela Maharaja Chembong Rembau Negeri Sembilan pada 27 Februari 2024 bertempat di TEC 15 dan TEC 16, UiTM Kampus Rembau. Program ini merupakan sesi perkongsian kepakaran pensyarah UiTM bersama komuniti setempat di mana ianya bertujuan memberi pemahaman secara lebih mendalam dan pengetahuan tambahan kepada semua peserta mengenai kursus Undang- Undang Perniagaan dan Perniagaan Antarabangsa yang baru dipelajari oleh mereka. Peserta bagi program ini terdiri daripada 35 orang pelajar dan 4 orang tenaga pengajar Jabatan Perniagaan Kolej Vokasional Dato’ Lela Maharaja. Antara objektif lain penganjuran program ini adalah untuk membantu peserta mempelajari cara mengenalpasti kes dan rujukan kes yang sesuai untuk menyelesaikan sesebuah kes yang berlaku dalam skop kedua – dua kursus, memberi peluang kepada pensyarah – pensyarah UiTM untuk berkongsi kepakaran dalam bidang masing – masing dan mengeratkan hubungan kerjasama antara kedua – dua buah institusi. Penceramah yang terlibat dalam program ini bagi Kursus Undang – Undang Perniagaan adalah Puan Najwa Binti Azizun dan Puan Namirah Binti Mohd Akahsah, Pensyarah dari Jabatan Undang – Undang UiTM Kampus Dengkil manakala penceramah bagi Kursus Perniagaan Antarabangsa adalah Prof Madya Dr Siti Sara Ibrahim Pensyarah Kanan dari Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, UiTM Kampus Rembau dan Puan Nuryusmawati Binti Mohd Yusof Pensyarah Kanan Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, UiTM Cawangan Selangor.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 116961.pdf]
Text
116961.pdf
Download (3MB)
Indexing & Metrics