Chetakan Perak: refleksi pengalaman dalam seni cetak / Noor Enfendi Desa ... [et al.]

Desa, Noor Enfendi and Muhamad, Noor A'yunni and Arshad, Mohd Fawazie and Mohd Aripin, Nur Adibah Nadiah (2023) Chetakan Perak: refleksi pengalaman dalam seni cetak / Noor Enfendi Desa ... [et al.]. UiTM News Hub. pp. 1-3.
Abstract

Pertandingan dan pameran seni cetak yang telah berlangsung di Galeri Al Biruni (GAB), UiTM Cawangan Perak mempamerkan karya-karya seni cetak yang dihasilkan berdasarkan disiplin atau teknik masing-masing. Pameran ini dikenali dengan nama CHETAKAN PERAK. CHETAKAN PERAK adalah suatu konsep pameran yang membawa tema yang fokus kepada sejarah negeri Perak. Perak merupakan sebuah negeri yang mempunyai sejarah yang unik (sejak dari zaman kuno sehingga kini), keunikannya adalah terletak kepada kisah-kisah mengenai socio-; politik, ekonomi, budaya, serta faktor muka buminya. Kisah-kisah ini penceritaannya seringkali diungkap dalam kepelbagaian bentuk penulisan yang direncanakan dalam bentuk penyelidikan mahupun secara riadah. Segala yang diceritakan itu informasinya begitu menarik dan ada di antara cerita itu amat penting dalam lipatan sejarah negeri Perak.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 116943.pdf]
Text
116943.pdf
Download (10MB)
Indexing & Metrics