I talent: tilawah al Quran, ikon al Fateh, filem pendek islamik, nasyid dan kaligrafi Jawi, Julai 2021

UiTM, Akademi Pengajian Islam Kontemporari (2021) I talent: tilawah al Quran, ikon al Fateh, filem pendek islamik, nasyid dan kaligrafi Jawi, Julai 2021. Bulletin. Akademi Pengajian Islam Kontemporari, UiTM, Shah Alam.
Abstract

Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) ACIS telah berjaya terbang ke tingkat yang lebih tinggi dalam penganjuran program apabila berjaya merealisasikan Program International Islamic Talent (i Talent). Program yang mencungkil bakat terpendam siswa dan siswi dalam sub kategori pertandingan Tilawah al Quran, Ikon al Fateh, Filem Pendek Islamik, Nasyid dan Kaligrafi Jawi ini berjaya meraih penyertaan yang amat memberangsangkan bukan sahaja daripada siswa dan siswi dalam negara, malahan penyertaan khas daripada peserta antarabangsa. Pujian harus diberikan kepada jawatankuasa program baik staf HEP lebih lagi daripada kalangan pimpinan pelajar ACIS melalui Sekretariat Mahasiswa Fakulti (SMF) ACIS. Program ini berjaya mengetengahkan bukan sahaja bakat luar biasa siswa dan siswi, tetapi juga kualiti penyertaan yang memang pada skala antarabangsa. Tilawah al Quran mengangkat saudara Mohd Qosim Bin Husni daripada Universiti al Azhar, Mesir sebagai Johan Qari, dan saudari Nur Ilyana Natasya Anuar daripada UiTM Kampus Dungun sebagai Johan Qariah.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 116855.pdf]
Text
116855.pdf
Download (400kB)
Indexing & Metrics