Menginspirasi minat STEM si cilik melangkah ke menara gading melalui aktiviti lawatan makmal / Sharir Aizat Kamaruddin ... [et al.].

Kamaruddin, Sharir Aizat and Zainol, Zamzila Erdawati and Abd. Aziz, Khairul Naim and Ahmad, Aziani and Tajam, Jamil and Ramli, Rohayu and Nazri, Rosnani and Idris, Nor Shafikah and Roslani, Muhammad Akmal (2025) Menginspirasi minat STEM si cilik melangkah ke menara gading melalui aktiviti lawatan makmal / Sharir Aizat Kamaruddin ... [et al.]. Epitome of Nature (EON). pp. 107-111. ISSN 2773-5869
Abstract

Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik (STEM) adalah tiang seri pembangunan negara. Namun, Malaysia menghadapi cabaran rumit dalam menarik perhatian golongan muda untuk meminati bidang STEM. Data terkini menunjukkan bahawa kira-kira 51% pelajar mendaftar dalam aliran STEM pada tahun 2024. Walaupun peratusan ini mencatatkan rekod tertinggi dalam dekad ini, ia masih tidak mencapai sasaran kerajaan iaitu menepati nisbah 60:40, di mana 60% pelajar dijangka mengambil jurusan STEM. Walaupun pelbagai faktor menyumbang kepada tren ini, isu kurikulum sains dan matematik yang berat dan kompleks di sekolah rendah dan menengah mungkin memadamkan rasa ingin tahu dan minat semula jadi yang dimiliki pelajar sekolah terhadap sains dan matematik. Isu ini jika tidak ditangani segera akan merencatkan pembangunan dengan kekurangan saintis, jurutera, pakar, dan tenaga kerja berkemahiran tinggi. Salah satu alternatif bagi menarik minat para pelajar sekolah untuk memilih aliran ini di peringat pengajian tinggi dengan aktiviti lawatan ke makmal-makmal atau bengkelbengkel yang bertaraf antarabangsa atau berkualiti yang terdapat di pelosok menara gading seluruh Malaysia.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 116642.pdf]
Text
116642.pdf
Download (1MB)
Indexing & Metrics