Massive Open Online Course (MOOC): revolusi dalam pengajaran & pembelajaran / Muhammad Aidil Ibrahim

Ibrahim, Muhammad Aidil (2025) Massive Open Online Course (MOOC): revolusi dalam pengajaran & pembelajaran / Muhammad Aidil Ibrahim. Epitome of Nature (EON). pp. 95-98. ISSN 2773-5869
Abstract

Dalam era digital yang semakin berkembang pesat, teknologi telah mengubah landskap pendidikan secara drastik. Salah satu inovasi yang memberi impak besar dalam dunia pembelajaran kini ialah Massive Open Online Course (MOOC). Evolusi MOOC ini telah pertama kali diperkenalkan pada tahun 2008 melalui kursus Connectivism and Connective Knowledge. Sejak daripada itu, teknologi MOOC mula diadaptasi di kebanyakan institusi-institusi pendidikan melalui platform tersendiri. MOOC merupakan kursus pembelajaran dalam talian yang terbuka kepada sesiapa sahaja daripada serata dunia tanpa had penyertaan. Kursus ini ditawarkan oleh pelbagai institusi pendidikan tinggi, organisasi profesional, dan individu yang berkelayakan bagi membolehkan pembelajaran berlaku secara fleksibel dan mudah diakses.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 116633.pdf]
Text
116633.pdf
Download (768kB)
Indexing & Metrics