Penggunaan Virtual Reality dalam pembelajaran bahasa Arab / Dr. Fitri Nurul’ain Nordin

Nordin, Fitri Nurul’ain (2025) Penggunaan Virtual Reality dalam pembelajaran bahasa Arab / Dr. Fitri Nurul’ain Nordin. Epitome of Nature (EON). pp. 26-29. ISSN 2773-5869
Abstract

Penggunaan teknologi realiti maya (VR) dalam pendidikan bahasa semakin popular, terutamanya di Malaysia kerana potensinya yang besar untuk meningkatkan pengalaman pembelajaran. VR menawarkan pembelajaran bahasa yang imersif dengan memberi pelajar peluang berinteraksi dalam persekitaran maya yang mensimulasikan situasi dunia nyata seperti perbualan dan budaya asing. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kekangan yang menghalang penggunaan VR secara meluas termasuk kos yang tinggi, kekurangan infrastruktur, serta penerimaan yang bervariasi di kalangan pendidik dan pelajar. Walaupun begitu, VR dapat memperbaiki kemahiran bahasa, terutama dalam aspek mendengar dan bercakap, dengan memberi peluang kepada pelajar untuk berlatih dalam konteks yang lebih realistik. Pandemik COVID-19 mempercepatkan penggunaan VR dalam pendidikan di Malaysia, membuka ruang untuk pembelajaran lebih fleksibel. Oleh itu, penggunaan VR dalam pendidikan bahasa di Malaysia berpotensi besar, namun perlu mengatasi cabaran infrastruktur dan kos untuk menjadikannya lebih mudah diakses oleh semua lapisan masyarakat.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 116512.pdf]
Text
116512.pdf
Download (671kB)
Indexing & Metrics