First aid, save a life / Sekretariat Majlis Perwakilan Pelajar

Majlis Perwakilan Pelajar, Sekretariat (2022) First aid, save a life / Sekretariat Majlis Perwakilan Pelajar. Bulletin. Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Cawangan Pulau Pinang, UiTM Cawangan Pulau Pinang.
Abstract

Pada 21 Mei 2022, Sabtu, Jawatankuasa Perwakilan Kolej 2021/2022 dengan kerjasama daripada Bulan Sabit Malaysia Daerah Padang Serai, Kedah telah menganjurkan Program 'First Aid, Save A Life' bertempat di Dewan Serbaguna Delima bermula jam 8:00 pagi sehingga 4:30 petang. Program 'First Aid, Save A Life' ini merupakan pendedahan kepada mahasiswa mengenai teknik pertolongan cemas dan latihan praktikal semasa program berlangsung turut dijalankan bersama mentor program. Objektif program ini dijalankan adalah untuk menambahkan kemahiran dan pengetahuan berkaitan ilmu pertolongan cemas dalam kalangan mahasiswa dan menjalinkan hubungan dan kerjasama yang baik dengan Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM). Ia juga untuk meningkatkan mutu kepimpinan pelajar dalam mengendalikan situasi kecemasan dengan mengaplikasikan ilmu pertolongan cemas. Penceramah jemputan bagi berkongsi ilmu pengetahuan ini ialah En. Mohd Nizam Bin Aziz, Pn. Rohani Binti Husin dan Pn. Siti Azura Binti Hassan. Kumpulan sasaran bagi program ini ialah ahli jawatankuasa JPK dan Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM).

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 116457.pdf]
Text
116457.pdf
Download (3MB)
Indexing & Metrics