Bengkel pemantapan akademik FIN 358 Investment Management: tips menjawab soalan peperiksaan akhir / Joycelyne Nyandang

Nyandang, Joycelyne (2024) Bengkel pemantapan akademik FIN 358 Investment Management: tips menjawab soalan peperiksaan akhir / Joycelyne Nyandang. Bulletin. Corporate Communication Unit, UiTM Mukah Campus.
Abstract

Pada 13 Januari 2024 yang lalu, Fakulti Pengurusan Perniagaan UiTM Cawangan Sarawak Kampus Mukah telah menganjurkan Bengkel Pemantapan Akademik bagi kod kursus FIN358 ( Investment Management ) untuk berkongsi tips menjawab soalan peperiksaan akhir. Seramai 167 orang pelajar Semester 5 dari program Diploma Pengajian Perniagaan (BA111) dan Diploma Pengajian Perbankan (BA119) telah menghadiri bengkel pemantapan akademik ini. Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk mengurangkan peratusan kegagalan peperiksaan akhir bagi kod kursus FIN358 dan membantu para pelajar dengan teknik menjawab soalan peperiksaan akhir melibatkan topik-topik penting seperti bab 4, 5, 6, 7, 10 dan 11.Bengkel ini telah dikendalikan oleh fasilitator yang terdiri daripada tiga orang pensyarah Fakulti Pengurusan Perniagaan dan pensyarah bagi kod kursus ini. Sesi bengkel diketuai oleh penceramah dari Fakulti Perakaunan UiTM Cawangan Sarawak Kampus Mukah iaitu Cik Nur Ain binti Abu Bakar. Penceramah ini mempunyai pengalaman mengajar kod FIN358 lebih dari tiga tahun sebelum memfokuskan kepakaran beliau kepada kod utama beliau iaitu perakaunan.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 116346.pdf]
Text
116346.pdf
Download (7MB)
Indexing & Metrics