Ringkasan petunjuk arah kiblat

UiTM, Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS) (2024) Ringkasan petunjuk arah kiblat. Bulletin. Akademi Pengajian Islam Kontemporari, UiTM, Shah Alam.
Abstract

Solat telah difardukan ke atas umat Islam melalui peristiwa Isra' Mikraj nabi Muhammad S.A.W. di mana solat menjadi tiang bagi agama Islam. Salah satu syarat sah solat adalah kewajipan menghadap kiblat ketika bersolat. Justeru, orang yang hendak menunaikan solat, wajib mengetahui arah kiblat dengan yakin sebelum menunaikan solat. Dalam mazhab Syafie, terdapat 3 keadaan yang berhubung dengan permasalahan arah kiblat iaitu Kiblat Yakin, Kiblat Zhanni dan Ijtihad. Bagi tempat yang jauh seperti di Malaysia, ijtihad arah Kiblat boleh ditentukan melalui perhitungan falak atau astronomi dengan menggunakan peralatan yang bersesuaian seperti kompas, teodolit dan juga mata angin. Arah Kiblat juga boleh ditentukan berdasarkan kepada kedudukan matahari dan bintang. Kaedah-kaedah yang tersebut di atas digunapakai oleh umat Islam di seluruh dunia sehingga kini.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 116310.pdf]
Text
116310.pdf
Download (689kB)
Indexing & Metrics