Wacana halal: covid-19 (program pelajar)

UiTM, Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS) (2024) Wacana halal: covid-19 (program pelajar). Bulletin. Akademi Pengajian Islam Kontemporari, UiTM, Shah Alam.
Abstract

Sebaik baik manusia, adalah manusia yang memberi manfaat kepada manusia yang lain. Menyedari hakikat pentingnya menjadi individu berimpak kepada masyarakat umumnya, ACIS amat menggalakkan sumbangan siswa dan siswi dalam apa jua lapangan. Di atas platform ini, dan bertepatan dengan norma baharu, beberapa siri perkongsian di youtube telah dijayakan oleh pelajar ACIS. Di antaranya adalah program Jentik Hati Ramadhan, yang memberikan ruang kepada pelajar Sarjana Muda Pengurusan Industri Halal untuk berkongsi nasihat dan tazkirah ringkas sepanjang bulan Ramadhan. Selain daripada itu, siri khas Wacana Halal dengan tajuk 'Hikmah Pengharaman Haiwan yang di Haramkan oleh Islam' telah disampaikan oleh saudara Mohd Azwan Bin Abdul Mutalib, mewakili Exco Kerohanian & Kebajikan Persatuan Pengurusan Industri Halal (HIMS). Program ini secara tidak langsung meningkatkan ketampakan dan sumbangan dakwah pelajar ACIS di platform media sosial. Semoga lebih banyak manfaat dapat disumbangkan oleh pelajar ACIS kepada masyarakat.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 116305.pdf]
Text
116305.pdf
Download (626kB)
Indexing & Metrics