Bengkel penulisan manuskrip berimpak tinggi

UiTM, Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS) (2024) Bengkel penulisan manuskrip berimpak tinggi. Bulletin. Akademi Pengajian Islam Kontemporari, UiTM, Shah Alam.
Abstract

Bagi membantu pencapaian sasaran ACIS melibatkan penerbitan, seramai 30 pensyarah ACIS telah menghadiri Bengkel Penulisan Manuskrip Berimpak Tinggi pada 4-5 Februari 2020 bertempat di Bilik Seminar, Cempaka 5. Program anjuran Unit Penyelaras Penulisan dan Penerbitan (PRISMa) ACIS ini bertujuan untuk memberikan latihan praktikal kepada pensyarah ACIS kaedah dan tips menghasilkan artikel bagi tujuan penerbitan jurnal berimpak tinggi. Terdapat 3 tajuk besar yang dibincangkan dalam program ini iaitu teknik penulisan, 'coaching session' dan kriteria pemilihan artikel Scopus. Program ini dibimbing sepenuhnya oleh Dr Norazmi Bin Anas, Pensyarah Kanan ACIS UITM Cawangan Perak, Kampus Tapah dan program ini telah berjaya mengumpulkan 17 manuskrip untuk dihantar ke proses penilaian dan selanjutnya diusahakan untuk diterbitkan dalam jurnal berimpak tinggi terpilih.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 116116.pdf]
Text
116116.pdf
Download (637kB)
Indexing & Metrics