Kepercayaan dan keyakinan rakyat dalam pemerkasaan urus tadbir kerajaan negeri Sarawak: analisis dari perspektif rakyat / Zalina Mohd Desa ...[et al.]

Mohd Desa, Zalina and Omar, Arenawati Sehat and Singh, Kuldip (2022) Kepercayaan dan keyakinan rakyat dalam pemerkasaan urus tadbir kerajaan negeri Sarawak: analisis dari perspektif rakyat / Zalina Mohd Desa ...[et al.]. Proceedings Borneo International Islamic Conference, 13. pp. 215-217. ISSN 2948-5045
Abstract

Kajian berbentuk deskriptif ini memberi penekanan terhadap hasil dapatan penerimaan responden yang beragama Islam terhadap kepercayaan dan keyakinan rakyat dalam pemerkasaan urus tadbir Kerajaan Negeri Sarawak. Seramai 269 responden beragama Islam terlibat dalam kajian ini. Kupasan terhadap analisis perspektif rakyat terhadap urus tadbir Kerajaan Negeri Sarawak adalah merangkumi aspek ketelusan, akauntabiliti, penyertaan awam, pembangunan negeri serta aspek kepimpinan kerajaan negeri adalah menjadi teras utama kajian ini. Dapatan kajian ini menunjukkan majoriti responden mempunyai tahap kepercayaan dan keyakinan yang baik terhadap urus tadbir Kerajaan Negeri Sarawak. Justeru, adalah sangat signifikan bagi Kerajaan Negeri untuk mengekalkan dan mengambil kira isu dan cabaran yangn dihadapi dalam memperkukuh kapasiti pentadbiran dan menambah baik tadbir urus Negeri Sarawak.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 116049.pdf]
Text
116049.pdf
Download (37kB)
Indexing & Metrics