Penglibatan kakitangan UiTM Sarawak dalam pertandingan Ping Pong MAKSAK Sarawak 2017

Jong, Li Ling (2017) Penglibatan kakitangan UiTM Sarawak dalam pertandingan Ping Pong MAKSAK Sarawak 2017. Bulletin. Universiti Teknologi MARA, Sarawak, Universiti Teknologi MARA, Sarawak.
Abstract

Pada 25 sehingga 26 Mac 2017 yang lalu, pasukan Ping Pong lelaki dan wanita UiTM Sarawak telah menyertai Pertandingan Ping Pong MAKSAK (Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan) Sarawak, yang dianjurkan oleh Kelab Sukan dan Rekreasi Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak bersama Maksak Sarawak dan ianya bertempat di Akademi Percukaian LHDN, Kuching. Sebanyak 21 pasukan lelaki dan 9 pasukan wanita telah mengikuti pertandingan ini. Dalam kategori berpasukan Wanita B, wanita UiTM Sarawak telah menewaskan pasukan Sarawak Energy Sports Club dan KESTURI B, tetapi dikalahkan oleh pasukan Jabatan Ketua Menteri dan Kelab Perubatan Sarawak. Manakala, dalam kategori berpasukan lelaki D, pasukan lelaki UiTM Sarawak telah menewaskan pasukan UNIMAS B, tetapi telah tunduk kepada pasukan KESTURI, CREW dan Kelab Rekreasi & Sukan JPLS.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 115925.pdf]
Text
115925.pdf
Download (3MB)
Indexing & Metrics