Program pertukaran pelajar MORA Overseas Student Mobility Awards (MOSMA) Indonesia 2023

UiTM, Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS) (2024) Program pertukaran pelajar MORA Overseas Student Mobility Awards (MOSMA) Indonesia 2023. Bulletin. Akademi Pengajian Islam Kontemporari, UiTM, Shah Alam.
Abstract

Majlis Penutup Program Pertukaran Pelajar MORA Overseas Student Mobility Awards (MOSMA) Indonesia 2023 telah dihadiri oleh pengurusan tertinggi ACIS YBhg. Prof. Dr. Mohd Afandi Mat Rani (Dekan ACIS); YBhg Prof Dr S. Salahudin Suyurno (TD PJI); YBrs. Prof Madya Dr. Azri Bhari (TD HEP) dan AJK Antarabangsa ACIS. Majlis ini diadakan sebagai satu simbolik terima kasih dan penghargaan kepada pelajar terlibat daripada kalangan mahasiswa UIN Syarif Hidayatullah, UIN Sunan Ampel, UIN Sunan Kalijaga Yogyakarta, UNI KH Abd Chalim dan Universitas Islam Internasional Indonesia. Seramai 4 orang pelajar ijazah sarjana muda dan 6 orang pelajar pascasiswazah telah berjaya menyempurnakan sesi perkuliahan sepanjang satu semester di ACIS termasuk menyertai aktiviti silang budaya yang di anjurkan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar & Jawatankuasa Antarabangsa ACIS. YBhg. Prof. dekan ACIS merakamkan ucapan tahniah kepada para pelajar kerana berjaya menghabiskan kuliah dengan cemerlang, memperluas hubungan ACIS di peringkat antarabangsa dan YBhg Prof Dekan turut menawarkan peluang menyambung pengajian bersama program pascasiswazah ACIS. Terima kasih dan selamat maju jaya kepada seluruh peserta Program Pertukaran Pelajar MORA Overseas Student Mobility Awards (MOSMA) Indonesia 2023 ke ACIS. Semoga kenangan yang indah menjadi bekalan pulang ke Indonesia dengan selamat.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 115780.pdf]
Text
115780.pdf
Download (1MB)
Indexing & Metrics