Prakata / Kay Dora Abd Ghani

Abd Ghani, Kay Dora (2022) Prakata / Kay Dora Abd Ghani. Bulletin. Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Cawangan Pulau Pinang, UiTM Cawangan Pulau Pinang.
Identification Number (DOI): Edisi Mac & April 2022
Abstract

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera. Jutaan syukur dipanjatkan ke hadrat Allah S.W.T., selawat dan salam buat junjungan tercinta Rasulullah S.A.W. Syukur dengan kurnia dan izinnya, maka E- buletin (versi Pelajar) edisi Mac dan April 2022 telah berjaya dihasilkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar dan Sekretariat Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Cawangan Pulau Pinang. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat atas kegigihan dan kesungguhan dalam menerbitkan bulletin ini, terutamanya pihak Majlis Perwakilan Pelajar, yang menjadi tulang belakang kepada kelangsungan aktiviti dan kecemerlangan pelajar. Saya berharap agar komitmen dan dedikasi yang ditunjukkan akan berterusan dalam usaha merakamkan program dan aktiviti yang dilaksanakan oleh mahasiswa kampus ini. Penerbitan e-buletin ini adalah sebuah platform terbaik bagi menyajikan pelbagai aktiviti dan informasi mengenai aktiviti dan pencapaian pelajar. Justeru, dengan penerbitan e-buletin ini mampu menyuntik semangat mahasiswa untuk terus bergerak aktif dan menyumbang kepada kecemerlangan kampus.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 115763.pdf]
Text
115763.pdf
Download (4MB)
Indexing & Metrics